Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KESIHATAN. Show all posts

Monday, 23 April 2012

Penggunaan kalori berdasarkan aktiviti harian

Salam semua...hari ni Sis Rose nak share ttg penggunaan kalori berdasarkan aktiviti harian....

Mengemas rumah 30 minit = 102 kalori





Duduk selama 1 jam = 62 kalori



Berkebun 60 minit = 320 kalori terbakar


Aerobik 60 minit = 405 kalori terbakar


BERBANDING

PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL 1 JAM =900 KALORI TERBAKAR..BAYANGKAN PAKAI JE KALORI TERBAKAR....X YAH BUAT APA2 PUN.....



SO TUNGGU APA LAGI ORDER NOW 013-3361043

sumber dari Majalah Rapi keluaran April 2012

Friday, 13 April 2012

Tips cegah penyakit batu karang




Penyakit batu karang antara yg sering dihadapi di kalangan masyarakat pada hari ini. Jadi sebelum anda mengalaminya ambilllah langkah pencegahan seperti berikut

  • KURANGKAN pengambilan makanan bergoreng. Ini kerana lemak tak tepu dalam makanan bergoreng akan menyebabkan pengumpulan cairan di dalam kantung hempedu sehingga menyebabkan ia menjadi BATU(KERAS) kerana sukar diserap oleh usus.
  •  LEMAK merangsang kandungan hempedu utk bekerja lebih keras.
  • Batasi jumlah kalori yang diambil. Ini disebabkan kebanyakan pengidap batu karang juga adalah pengidap obesiti.
  • Kembali kepada pola hidup yg sihat
  • Minum banyak air 
  • BANYAKKAN mengambil buah epal atau jus epal hijau. Kajian menyebutkan bahawa epal berkhasiat untuk melembutkan batu karang.
  • Amalkan pengambilan GARAM BULUH 1 SACHET sehari dan dicampurkan dengan JUS EPAL HIJAU.


 
                                              
BUY NOW

HOTLINE

013-3361043


Thursday, 12 April 2012

PUNCA LELAKI PERUT BUNCIT





Salah satu keluhan yang selalu dialami lelaki selain kegemukan adalah perut yang membuncit. Tidak hanya dialami lelaki gemuk, keluhan ini juga dapat terjadi pada lelaki berpostur kurus, terutama yang memiliki hobi makan yang tidak sihat. Biasanya terjadi saat lelaki memasuki usia berumur dengan beban kerja yang tidak menentu masa.
"Umumnya, perut buncit itu terjadi karena polar permakanan yang tidak teratur. Inilah yang sering dialami oleh lelaki yang hobinya makan, terutama saat stres, namun tidak diimbangi dengan olahraga yang teratur".
Kebiasaan lelaki yang melebihkan karbohidrat, seperti nasi terlalu berlebihan, saat makan merupakan salah satu punca timbulnya perut buncit. "Berpinggan nasi dengan lauk yang sedikit akhirnya akan membuatkan perut buncit karena suapan karbohidrat yang di luar kapasitinya. Nantinya ini akan jadi lemak karbohidrat"
Melebihkan makanan bergoreng juga boleh membuatkan perut buncit. "Pilihlah makanan dipanggang, dibakar dan dikukus, lebih baik daripada makanan yang melalui proses penggorengan. Karena, dalam minyak terkandung banyak lemak yang akan bertompok dalam badan.
Makanan dibakar bagus tetapi jika dikuatiri kanser, sebaiknya sebelum diproses pembakaran, setidaknya daging atau makanan lain direbus terlebih dulu. Bonusnya, daging dibakar akan menjadi lebih cepat masak dan tidak terlalu liat.
Permakanan sihat antara lain adalah cereal atau buah-buahan, serat sangat baik untuk kesihatan.
Dengan tips yang diberikannya, polar permakanan sihat juga harus diimbangkan dengan olahraga yang teratur. Saranan kami pula, agar perut buncit boleh kembali rata pemakaian Bengkung Premium Beautiful sangat berkesan. 5(Lima) minit dijamin perut kembali rata dan Tampak Professional Kembali.



BUY NOW

013-3361043

Saturday, 31 March 2012

Anda mudah letih?AWAS..7 tanda penyakit berbahaya

Adakah anda sering berasa letih dan lesu kebelakangan ini?...penat dan letih selepas bekerja seharian adalah lumrah tetapi jika anda kerap merasainya walaupun ketika melakukan perkara remeh, SILA BERI PERHATIAN.....Tahukah anda gangguan ringan seperti kerap sakit kepala dan perut boleh menjadi petanda kpd penyakit lain yg lebih serius???


Kajian di Amerika Syarikat menyatakan, 1 drp 4 org sering berasa letih dan lesu. Kebanyakkannya menggunakan sibuk bekerja sebagai alasan mudah. Tetapi Sandra Adamson Fryhofer, pakar penyakit dalaman dr Atlanta, Amerika Syarikat mengatakan ia juga boleh menjadi tanda kpd kesihatan yg lebih serius.

LETIH merupakan kombinasi beberapa sebab. 9 dr 100 org yg mengalaminya menderita penyakit fizikal manakala sekitar 75 drp 100 org mempunyai masalah emosional....

Penyakit-penyakit berbahaya tersebut adalah

  • ANEMIA
  •  DIABETES
  • TIROID
  • DEPRESI
  • SAKIT KEPALA
  • SAKIT PERUT
  • SAKIT PUNGGUNG


ANEMIA




Gejala:


Letih, lesu, sukar tidur, kurang daya tumpuan, jantung berdegup kencang, sakit dada dan kepala, cepat letih ketika melakukan kerja ringan seperti naik tangga atau berjalan


Punca:


Kekurangan jumlah hemoglobin dlm sel darah merah (diperlukan sebagai medium penghantaran oksigen ke seluruh sel tubuh). Oksigen diperlulan untuk membakar zat makanan dalam sel utk menghasilkan tenaga. Kekurangan zat besi atau vitamin, kehilangan darah berlebihan (dalaman dan luaran) atau penyakit-penyakit seperti rheumatoid arthritis, kanser atau ginjal tidak berfungsi boleh menyebabkan anemia.


DIABETES (KENCING MANIS)




Gejala


Penat, sentiasa haus, kerap buang air kecil, lapar berlebihan, turun berat badan dan penglihatan kabur.


Punca


Tubuh x dpt memproses atau menggunakan insulin secara efektif sedangkan insulin sgt penting utk membawa glukosa memasuki sel seterusnya mengubah glukosa menjadi tenaga....kerana itulah pesakit diabetes sering berasa lesu...


TIROID




Gejala


HIPERTIRIODISME (hormon tiroid berlebihan), sakit otot, lemah (mulanya terasa di otot peha), turun berat badan tanpa sebab, sering berasa panas, degup jantung meningkat, menstruasi lebih pendek dan jarang serta sering berasa haus. pengidap tiroid akan berasa letih, kurang daya tumpuan, sering berasa sejuk (walaupun kt tempat panas) dan sembelit.


Punca


Kelenjar tiroid (terletak di bahagian hadapan leher berfungsi memproses hormon tiroksin (T4) dan triodotironin (T3) yg mampu mengendalikan metabolisme.. Hormon yg berlebihan (biasanya dialami wanita berusia 20-an dan 30-an) yg menyebabkan metabolisme meningkat terlalu cepat. Hormon yg sedikit (kebiasaannya berlaku pada wanita 50 thn ke atas) akan melambatkan metabolisme.


DEPRESI




Gejala


letih, lesu, kurang atau terlebih tidur, sentiasa sedih, cemas, "kosong", kurang nafsu makan atau sebaliknya gelisah, sakit kepala, sembelit.


Punca


Sentiasa berfikiran negatif dan gangguan mental yg tidak berkesudahan. Gangguan fizikal atau hormon yg tidak diatasi segera boleh menyebabkan depresi.

SAKIT KEPALA


Gejala

sakit di bahagian belakang kepala

Punca

Sakit kepala terjadi pada saraf yg terletak di organ-organ wajah melibatkan kulit kepala. Reseptor saraf boleh menganggu disebut nociceptor yg berpunca drp ketegangan, stress, hormon dan pembuluh darah yg mengembang dan sebagainya.

SAKIT PERUT


Gejala

Pedih perut atau memulas. Ia boleh terjadi sekejap sahaja, beberapa minit, jam atau lebih teruk lebih lama dr itu. Kadangkala selepas makan atau berbaring ia terasa lebih sakit dan jika muntah atau buang air ia akan berkurangan

Punca

Jika terjadi pada org dewasa, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Masalah pencernaan dan alahan makanan juga penyumbang kpd masalah ini. Gangguan pada organ reproduksi wanita juga boleh menyebabkan sakit perut(haid, pra-haid, tumor dan lain-lain). Kanser usus besar, hati dan perut juga merupakan sebahagian tanda-tanda selain stress, depresi dan cemas. Timbunan lemak sekitar perut boleh menekan dinding perut yg menyebabkan sakit perut. Ia biasanya dialami oleh penderita OBESITI.

SAKIT PUNGGUNG


Gejala

lesu, kebas-kebas, rasa berdenyut-denyut, menusuk atau terbakar sehingga membuatkan anda sukar berdiri tegak.


Punca

Ketegangan otot dan ligamen, mengangkat berat berlebihan atau tersalah posisi ketika mengangkat beban. Ia juga boleh disebabkan oleh arthritis atau osteoporosis.

SO MARILAH KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN KITA....

Sumber dariMAJALAH RAPI.

Bagaimana gula jejaskan kesihatan....

Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yg menjadi ejen utama kpd sistem imun anda utuk menghalang jangkitan atau kemasukan bendasing ke dalam badan. Gula juga membuatkan badan bersifat asidik sehingga anda lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.


Pengambilan garam buluh yang bersifat alkali boleh meneutralkan asid dalam badan. Garam buluh sangat sesuai utk pengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi krana mempunyai kandungan mineral yg tinggi dan membekalkan nutrien terbaik utk badan..



buy now

013-3361043

Tanda-tanda awal penyakit resdung

Hai semua...ari ni sis rose nak cite tentang tanda-tanda awal penyakit resdung...mesti x selesa kan asyik bersin jer...nak makan udang ke ketam ke pun x boleh sbb nanti hidung gatal2....hehehe...ok. Antara tanda awal penyakit resdung atau pun dikenali dgn SINUSITIS ialah

  • HIDUNG BERHINGUS
  • BERBAU BUSUK
  • HIDUNG TERSUMBAT
  • SAKIT KEPALA DI BAHAGIAN DAHI DAN PIPI TERUTAMA SEWAKTU TUNDUK DAN SUJUD.
Hingus yg kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak juga menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk.



Pengambilan Garam Buluh  sangat elok utk penyakit resdung...ianya boleh hilangkan alahan resdung...






Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Cooking Salt Powder & Premier Drink

Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt ) Premier Drink adalah 100% garam buluh organik diformulasi berasaskan remedi tradisional Korea yang diwarisi sejak 1300 tahun dengan sejarah dan penggunaan yang terbukti.Garam laut dimasukkan ke dalam buluh dan ditutupi tanah liat. Kemudian, buluh tersebut dibakar berulangan dalam relau bagas pada suhu 1000 darjah celsius hingga 1500 darjah celsius dengan menggunakan pokok pine. Proses pembakaran berulangan pada suhu tinggi dapat menyingkirkan toksin dan logam berat garam laut. Pada masa yang sama, garam laut menyerap semua elemen mikro daripada buluh, tanah liat dan pokok pine.

Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink.

1. Tinggi dalam magnesium yang merupakan mineral untuk jantung. Magnesium membantu mengawal penyakit tekanan darah tinggi, membantu penyerapan kalsium, mengekalkan keseimbangan bendalir badan, mengawal pengecutan otot dan menguatkan daya ingatan.

2. Menyeimbangkan pH badan supaya cenderung kepada beralkali lemah (pH darah badan yang sihat adalah antara 7.35 - 7.45). Dengan ini, sistem imunisasi diperkuatkan dan dapat mencegah jangkitan penyakit.

3. Mengandungi kandungan mineral kalium, kalsium, besi, zink dan magnesium yang lebih tinggi daripada garam biasa.
Prof. Dr. Pauling, 2 kali pemenang Anugerah Nobel juga menyatakan bahawa kekurangan bahan mineral adalah penyebab utama pelbagai penyakit zaman moden. Walaupun kandungan mineral yang diperlukan badan adalah rendah, namun, badan manusia hanya boleh memperoleh mineral tersebut daripada diet biasa.

4. Mempunyai kebolehan untuk untuk menyingkir radikal bebas dan membuang toksin badan, lalu memperbaiki tubuh badan yang lemah dan melambatkan proses penuaan.

5. Menyembuhkan sel badan yang rosak dan mencegah pertumbuhan sel-sel yang tidak sihat.

6. Ia adalah 3 kali ganda lebih efektif daripada garam biasa untuk membasmi kuman dan mencegah kerosakan gigi.

Cara penggunaan:
Tuangkan sebungkus Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink ke dalam gelas (200ml). Tambah dengan air atau jus, kacau dan hidangkan.
 Kpd pesakit resdung

buy now

013-3361043


Friday, 30 March 2012

Menjaga tekanan darah dan berat badan

Menurut American Academy of Opthalmology, mereka yg mengalami TEKANAN DARAH YANG TINGGI boleh menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutsrisi yg larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata..


Saturday, 17 March 2012

Tip hindari kaki kejang

Tahukah anda bahawa kekejangan kaki selalunya disebabkan oleh peredaran darah yg kurang baik, kekurangan kalsium dan terlalu banyak fosforus?....Antara langkah pencegahan yg boleh dilakukan bagi memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam secara berkala dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti dan hati. Kadangkala kalsium yg berlebihan boleh membantu  tetapi jika terlalu banyak minum susu mungkin akan menyerap banyak fosforus. Untuk melegakan kekejangan, tegangkan otot-oto yg kejang pada betis atau kaki anda dgn menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dgn meluruskan kaki dan ibu jari (terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring). Untuk meredakan kekejangan, urutlah otot-otot tersebut dgn santai.

Awas jika kadar kolesterol anda tinggi




Dalam satu kajian yg telah dijalankan oleh beberapa org penyelidik mendapati bahawa sekumpulan individu yg berusia antara 18 hingga 30 tahun mengalami masalah kadar kolesterol dalam darah yg tinggi pada usia muda. Menurut kajian yang diketuai oleh Dr. Mark Pletcher dari University Of California, San Francisco seperti yang disiarkan dalam Annal of Internal Medicine, orang-orang muda juga harus berjaga-jaga apabila kadar kolesterol mereka berada di tahap yang tinggi. Hal ini kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok di kemudian hari. Mereka yg memiliki kadar tinggi kolesterol jahat (low density lipoprotein/LDL) ketika muda akan memiliki kemungkinan lebih besar akan memiliki kemungkinan lebih besar mengalami penyakit jantung saat mereka memasuki usia pertenganhan tidak kiralah seberapa tinggi kadar kolesterol pada usia itu.

Info dr Majalah Rapi

Friday, 16 March 2012

Elakkan Ubat-ubatan



Kita sering ghairah utk kelihatan langsing dgn cepat. Jika boleh elakkan ubat-ubatan kimia kerana ia memungkinkan kita langsing, kurus atau menghilangkan selulit seketika sahaja. Namun dalam masa jangka panjang, ia boleh merosakkan hati, jantung, buah pinggang malah otak juga.

Untuk kesan on the spot pakailah KORSET PREMIUM BEAUTIFUL yg dapat membentuk kontur badan anda, merampingkan (reshape) pinggang anda serta menganjalkan payudara anda dan juga push up kan pinggul anda. Di samping itu juga FAR INFRA RED yg terdapat dalam KORSET PREMIUM BEAUTIFUL boleh mencegah kanser dan menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme. Diperbuat drp fabrik Akwatek dan Akwadyne yg sebati dgn air dan disulami dgn cahaya infra merah jarak jauh. Pemakaian KORSET PREMIUM BEAUTIFUL untuk jangka masa panjang  dpt menghasilkan kontur bdn yg menarik.


                                                                       SEBELUM


                                                                       SELEPAS


                                                                       SELEPAS


So bertukarlah pakaian dalam anda sekarang kepada pakaian dalam PREMIUM BEAUTIFUL yg dapat memberikan kesihatan yang baik dan juga kecantikan tubuh badan idaman anda.......

PAKAI 1 JAM 900 KALORI TERBAKAR........


                                                                     MANTAP KAN......


X yah makan2 ubat-ubat lagi...Premium Beautiful dah cukup dah......

PERCUBAAN PERCUMA KORSET PREMIUM BEAUTIFUL
SILA HUBUNGI SIS ROSE 013-3361043

Friday, 24 February 2012

JGN JADI MCM NI....RAHIM JATUH...


 

Kategori rahim jatuh / Peranakan Jatuh:
  • Peringkat pertama : serviks turun dari kedudukan normalnya sehingga bukaan faraj tetapi rahim masih di dalam faraj
  • Peringkat kedua : serviks dan sebahagian rahim turun dari kedudukan normalnya sehingga melepasi bukaan faraj tetapi fundus rahim masih di dalam faraj
  • Peringkat ketiga (procidentia) : serviks dan keseluruhan rahim termasuk fundusnya dan dinding faraj turun melepasi bukaan faraj.
Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh:
  • Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
  • Ketulan pada faraj
  • Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Pendarahan faraj selepas menopaus
  • Inkontinens kencing
  • Sukar buang air kecil / besar

JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.
Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.
‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.
Jenis-jenis JOP Bahagian atas/bumbung faraj Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).
* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.
Bahagian hadapan Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan. Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.
Bahagian belakang faraj “Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.
“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.
Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.
“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.
“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.
Punca-punca JOP Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.
Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.
Simptom dan diagnosis Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.
“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.
“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.
Pencegahan * Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai ( Premium Beautiful ) boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Rawatan Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.
‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh. “Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.
Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan. Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.
Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.
Rawatan pembedahan Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.
Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.
“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’