Wednesday, 19 September 2012

SAPE JOIN HAI-O ATAU BARU NAK JOIN WAJIB TAHU

Salam semua. Ari ni Sis Rose nak cite ttg SEJARAH dan PERISTIWA2 PENTING Penubuhan HAI-O MARKETING SDN BHD. jom kita selidik n hayati.

1992
Penubuhan Hai-O Marketing Sdn Bhd dan ibu pejabat berlokasi di Sun Complex, Kuala Lumpur.

1993
Perlaksanaan Akta Jualan Langsung pada 1 Jun. Hai-O Marketing Sdn Bhd memperoleh Lesen Jualan Langsung AJL 93033 dan beroperasi mengikut akta-akta yang ditentukan, merupakan sebuah syarikat yang diyakini, mengutamakan etika perniagaan, melindungi faedah pengedar dan pengguna.
Cawangan yang pertama mula ditubuhkan di Melaka.

1994
Menjadi ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (Direct Selling Association of Malaysia) yang sah.
Pengeluaran produk "Celgynic" yang pernah memenangi Anugerah Mencipta Dalam Pameran Antarabangsa Paris ke-84.
Mengadakan upacara penyampaian cek sejumlah RM5,000 untuk Tabung Bantuan Bosnia di Bangunan Parlimen, diterima oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

1995
Melaksanakan budaya TULIP:Teamwork (Bekerjasama), Unity (Bersatu-padu), Loyalty (Kesetiaan), Integrity (Keikhlasan), Professionalism (Profesionalisme).
Cawangan Sabah dibuka dan merupakan cawangan pertama di Malaysia Timur.
Mengadakan Forum Crown Diamond Manager (CDM) yang pertama di Pulau Phuket, Thailand.
Untuk memenuhi objektif strategi perkembangan: memperkukuhkan rangkaian dan melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat, Hai-O telah menganjurkan kempen menderma darah yang disertai oleh beratus-ratus orang, aktiviti membantu golongan tua dan miskin, kem latihan pendidikan untuk anak-anak pengedar Hai-O demi membolehkan seluruh keluarga pengedar menyertai aktiviti yang sihat.

1996
En. Tan Kai Hee dipilih menjadi ahli jawatankuasa DSAM.
Dianugerah oleh majalah jualan langsung “TODAY” sebagai “Syarikat yang Paling Profesional”.

1997
Melancarkan produk utama "Jet Turbo X" dan menjadi syarikat pertama yang menjual dan mempromosikan minyak pelincir melalui rangkaian jualan langsung.
Upacara pelancaran pakaian dalam pembentukan badan berinfra merah jarak jauh (FIR) "Beautiful" berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sambutan Ulang Tahun yang ke-5 disaksi oleh berpuluh ribu pengedar di Stadium Negara.

1998
Dipilih oleh majalah jualan langsung "TODAY" sebagai salah sebuah syarikat hebat di Malaysia dan terpilih sebagai "Syarikat yang Paling Stabil".
Menganjurkan siri pameran produk secara besar-besaran yang bertema "Dari Hati ke Hati" di seluruh negara.
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengembangkan produk tempatan, Hai-O Marketing mengeluarkan "Euryco" yang merupakan produk Tongkat Ali yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia dan dilancarkan oleh Menteri Kesihatan pada masa itu, Dato' Chua Jui Meng.

1999
Pasaran di Pantai Timur Semenanjung dibuka dan cawangan Kuantan ditubuhkan.
Menteri Perdagangan dan Industri Dato' Seri Rafidah Aziz dijemput untuk melancarkan produk "KACIMAH".
Kelahiran CDM Melayu yang pertama.

2000
Menerokai pasaran Melayu.
Kelahiran CDM Melayu perempuan yang pertama.

2001
Ibu pejabat Hai-O berpindah dari Sun Complex ke Wisma Hai-O, Klang. Ia menepati dasar pengurusan bersepadu Kumpulan Hai-O dan demi mencipta pencapaian cemerlang.
Memperkenalkan produk “Premium Beautiful”, pakaian dalam pembentukan badan yang berinfra merah jarak jauh (FIR) dan disambut baik oleh golongan Melayu.

2002
72 orang pengedar berkaliber Hai-O memulakan lawatan sambil belajar selama 5 hari ke Beijing. Mereka menyertai Malam Muhibah yang diadakan di Pusat Bahasa Asing (Bahasa Melayu) Universiti Beijing bersama pensyarah dan penuntutnya. Duta Besar Malaysia di China turut hadir ke majlis tersebut. Rombongan ini turut diiringi wartawan dari Utusan Melayu, Berita Harian, New Straits Times dan NTV7.
Bekerjasama dengan Beijing Tong Ren Tang untuk memasarkan produk "Te Zhi Bai Feng Wan" dan berjaya mendapat sijil Halal dari IFANCA (The Islamic Food And Nutrition Council of America).

2003
Mementingkan sistem pendidikan dan menjadikannya lebih umum, berkesan dan konsisten.
Bekerjasama dengan stokis mengadakan karnival buat kali pertama demi mempromosikan produk.
Meraikan Ulang Tahun ke-11 di Dewan Wawasan. Majlis dirasmikan oleh mantan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Dato' Abdul Aziz Shamsudin.

2004
Lebih daripada 300 orang pengedar melayakkan diri dalam insentif pelancongan ke luar negara (Hong Kong, Beijing dan Shanghai).
Dengan jualan produk "Te Zhi Bai Feng Wan" yang begitu laris, Beijing Tong Ren Tang telah menyampaikan piala jualan terunggul kepada Hai-O Marketing.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato' Khamsiyah Yeop merasmikan Ulang Tahun ke-12 di GICC, Genting.

2005
Kerjasama antara Hai-O Marketing dengan MARA dalam Program Pembangunan Usahawan Tempatan telah memanfaatkan lebih daripada 100 orang graduan bumiputera termasuk graduan yang ditaja oleh MARA.
Lebih daripada 200 pengedar menyertai rombongan ke luar negara (Perth, Bangkok dan mengerjakan Umrah).
Kumpulan Hai-O mengumpulkan sumbangan sebanyak RM59,365 untuk mangsa Tsunami.
Menyambut Ulang Tahun ke-13 di Sunway Pyramid Convention Centre. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato' Abdul Aziz Shamsudin. Beliau turut melancarkan laman web Hai-O Marketing.

2006
Sehubung dengan falsafah berbilang kaum dan sokongan untuk derma bakti, Hai-O Marketing Sdn Bhd telah menaja tiket nilai sebanyak RM15,000 bagi persembahan Mystical Steppes:Along the Silk Road kepada beberapa rumah yatim di Lembah Klang.
Seramai 170 pengedar menyertai Seminar Seberang Laut di Lake Toba dan Istanbul.
Menyemai konsep “Sense of belongings” di antara pengedar Hai-O demi menggalakkan semangat kekitaan.
Bio Aura Energy Water System (generasi pertama) dikemukakan di pasaran dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pada 15 Disember 2006, Hai-O Marketing Sdn Bhd meraikan Ulang Tahun yang ke-14 di Marriott Putrajaya Hotel, dengan tema "Towards Greater Height" bagi memastikan pencapaian usahawannya sentiasa pada tahap memberangsangkan.

2007
Hai-O Maketing Sdn Bhd buat pertama kalinya mencatat rekod jualan sebanyak RM100 juta dalam tahun ini.
Giat dalam usaha penjenamaan Hai-O, termasuk mendirikan papan iklan di beberapa lebuh raya utama, melibatkan diri dalam program Jom Heboh TV3.
Mengaplikasikan sistem online dalam operasi stokis dan cawangan.
Penganugerahan Khas kepada Hai-O Marketing Sdn Bhd di atas "Sumbangan ke Arah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera" oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. penghargaan Khas ini disampaikan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Anugerah "Best Under A Billion" kepada Hai-O Enterprise Bhd atas pencapaian "200 Syarikat Kecil dan Sederhana Asia yang Cemerlang" oleh Forbes Asia. Anugerah ini disampaikan oleh Christopher Forbes, Naib Pengerusi Forbes. Pencapaian ini diambil kira daripada bidang MLM yang mana Hai-O Marketing memberi sumbangan besar.
Hai-O merupakan syarikat bukan bumiputera yang pertama menghantar 212 usahawannya mengerjakan Umrah di Makkah dengan melantik TH Travel & Services Sdn Bhd sebagai agen yang bertanggungjawab. Cek berjumlah RM1.025 juta telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel, Y. Bhg. Mejar (B) Tuan Haji Mohd Ramli Othman.
Perkenalan tagline “Hai-O my choice for life” yang membawa mesej bahawa Hai-O adalah pilihan yang tepat untuk kehidupan yang berjaya juga kesihatan yang terunggul.
Bio Aura Hi-Tech Water System (generasi kedua) diperkenalkan dengan spesifikasi yang lebih menarik dan mengaplikasikan teknologi nano.
Meraikan Ulang Tahun yang ke-15 secara gilang-gemilang di Stadium Malawati Shah Alam. YAB Tun Musa Hitam dijemput sebagai tetamu khas untuk merasmikan majlis dan menyaksikan kehadiran usahawan yang melebihi lapan ribu orang.

2008
Penganugerahan khas di atas "Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2008" yang disampaikan oleh Y.B. Dato' Shahrir B Abdul Samad, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kepada Pengarah Urusan Hai-O Marketing, En. Ng Lip Yong.
Anugerah "Best Under A Billion" buat kali kedua berturut-turut oleh Forbes Asia atas 200 Syarikat Kecil dan Sederhana Asia yang Cemerlang kepada Hai-O. Anugerah ini disampaikan oleh Christopher Forbes, Naib Pengerusi Forbes.
Berjaya menghantar hampir 800 orang usahawan mengikuti Seminar Seberang Laut ke Korea. Ini mencatat rekod Hai-O yang menghantar rombongan terbesar ke luar Negara. Ia juga telah memecah rekod Korea yang menyambut paling ramai pengunjung Muslim ke negara mereka. Surat penghargaan telah dikeluarkan oleh Korea Tourism Organization (KTO) dan laporan diliputi oleh media-media tempatan.
Mengadakan insentif ke Paris yang memerlukan kos yang tinggi namun melebihi 600 orang usahawan berjaya melayakkan diri untuk menyertai lawatan sambil belajar ini.
Melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dengan menderma RM100,000 kepada empat rumah anak yatim di Lembah Klang.
Menyambut Ulang Tahun yang ke-16 di Malaysia International Convention Centre (MIECC). Majlis ini mencatat rekod dengan menganugerahkan 80 orang CDM. Usahawan-usahawan turut dihiburkan dengan persembahan M Nasir dan Faizal Tahir.

2009
Hai-O Marketing Sdn Bhd melebarkan sayap dengan meluaskan pasaran ke Indonesia. Syarikat dengan namanya PT. Hai-O Indonesia ditubuhkan di Jakarta.
Pelaburan melebihi RM2 juta dalam program pengiklanan, termasuk 30 papan iklan di lebuh raya-lebuh raya utama, iklan di TV3 dan TV9, serta program khas Wanita Hari Ini dan Majalah Tiga. Konvensyen CDM diadakan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dengan kehadiran 166 orang usahawan cemerlang Hai-O dan tetamu jemputan, Ketua Penolong Pengarah Unit Jualan Langsung dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Mengadakan 3 Diamond Night setahun memandangkan peningkatan bilangan usahawan berpangkat Diamond yang semakin ramai. Setiap majlis makan malam ini telah dipenuhi dengan hampir 5000 ribu usahawan.
Hai-O sekali lagi menunaikan hajat usahawannya, menghantar 426 orang usahawan mengerjakan Umrah di Makkah. TH Travel & Services Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk membawa mereka ke Tanah Suci dan cek sebanyak RM2.43 juta telah diserahkan untuk tujuan ini. Rombongan ini mencatat rekod Hai-O dan TH Travel yang membawa rombongan paling besar mengerjakan Umrah.
Hai-O Foundation ditubuhkan dengan tujuan melakukan kerja amal dan menyumbang kepada masyarakat. Hai-O Marketing Sdn Bhd telah menyumbang RM2 juta dan 500 unit Bio Aura kepada tabung ini yang kemudiannya disumbang kepada sekolah-sekolah, rumah orang tua, rumah anak yatim, bahagian kerajaan dan mereka yang memerlukan.
Hai-O Marketing Sdn Bhd berpindah ke Bata Land dan berdikari dengan sistem pengurusan yang lebih kukuh dan lancar, ruang yang lebih luas dan selesa, perkhimatan yang lebih mudah dan baik.

2010
Empat anugerah 'Best Under A Billion' selama empat tahun berturut-turut dari majalah Forbes Asia kepada Hai-O Enterprise bermula 2007. Hai-O ialah satu-satunya syarikat dari Malaysia yang telah mencipta rekod sebegini. Anugerah ini ialah pemilihan 200 syarikat kecil dan sederhana dari Asia yang berprestasi paling cemerlang. Anugerah disampaikan oleh Christopher Forbes, Naib Pengerusi Forbes.
Menerima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011 dengan pengiktirafan tertinggi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 9 Disember 2010.
Menganjurkan majlis Ulang Tahun ke 18 Hai-O Marketing dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengedar! Majlis diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada Disember 2010 dan diberi tema 'Positif Progresif, Profesional'.
322 pengedar Hai-O Marketing telah dibawa melawat ke Switzerland sebagai insentif Seminar Seberang Laut pada Oktober 2010.
Mendapat pengiktirafan melalui Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 di bawah kategori Pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

2011
Mandapat anugerah Bintang Syarikat Harapan daripada penerbitan Malaysia 1000 yang bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
Membawa seramai 600 pengedar ke Hong Kong sebagai insentif Seminar Seberang Laut. Selain itu, insentif lain seperti Perth dan Jakarta juga diikuti oleh pengedar seramai 155 dan 103 orang.
Menganjurkan majlis Ulang Tahun ke 19 Hai-O Marketing dengan kehadiran kira-kira 6,000 pengedar. Seramai 33 orang Crown Diamond Manager (CDM) diiktiraf sebagai usahawan cemerlang. Majlis diadakan di MAEPS Serdang pada November 2011 dan diberi tema 'Strive for A Perfect Vision'.

Banyak lagi akan diupdate dari masa ke semasa....:-)

No comments:

Post a Comment