Saturday, 31 March 2012

Anda mudah letih?AWAS..7 tanda penyakit berbahaya

Adakah anda sering berasa letih dan lesu kebelakangan ini?...penat dan letih selepas bekerja seharian adalah lumrah tetapi jika anda kerap merasainya walaupun ketika melakukan perkara remeh, SILA BERI PERHATIAN.....Tahukah anda gangguan ringan seperti kerap sakit kepala dan perut boleh menjadi petanda kpd penyakit lain yg lebih serius???


Kajian di Amerika Syarikat menyatakan, 1 drp 4 org sering berasa letih dan lesu. Kebanyakkannya menggunakan sibuk bekerja sebagai alasan mudah. Tetapi Sandra Adamson Fryhofer, pakar penyakit dalaman dr Atlanta, Amerika Syarikat mengatakan ia juga boleh menjadi tanda kpd kesihatan yg lebih serius.

LETIH merupakan kombinasi beberapa sebab. 9 dr 100 org yg mengalaminya menderita penyakit fizikal manakala sekitar 75 drp 100 org mempunyai masalah emosional....

Penyakit-penyakit berbahaya tersebut adalah

  • ANEMIA
  •  DIABETES
  • TIROID
  • DEPRESI
  • SAKIT KEPALA
  • SAKIT PERUT
  • SAKIT PUNGGUNG


ANEMIA




Gejala:


Letih, lesu, sukar tidur, kurang daya tumpuan, jantung berdegup kencang, sakit dada dan kepala, cepat letih ketika melakukan kerja ringan seperti naik tangga atau berjalan


Punca:


Kekurangan jumlah hemoglobin dlm sel darah merah (diperlukan sebagai medium penghantaran oksigen ke seluruh sel tubuh). Oksigen diperlulan untuk membakar zat makanan dalam sel utk menghasilkan tenaga. Kekurangan zat besi atau vitamin, kehilangan darah berlebihan (dalaman dan luaran) atau penyakit-penyakit seperti rheumatoid arthritis, kanser atau ginjal tidak berfungsi boleh menyebabkan anemia.


DIABETES (KENCING MANIS)




Gejala


Penat, sentiasa haus, kerap buang air kecil, lapar berlebihan, turun berat badan dan penglihatan kabur.


Punca


Tubuh x dpt memproses atau menggunakan insulin secara efektif sedangkan insulin sgt penting utk membawa glukosa memasuki sel seterusnya mengubah glukosa menjadi tenaga....kerana itulah pesakit diabetes sering berasa lesu...


TIROID




Gejala


HIPERTIRIODISME (hormon tiroid berlebihan), sakit otot, lemah (mulanya terasa di otot peha), turun berat badan tanpa sebab, sering berasa panas, degup jantung meningkat, menstruasi lebih pendek dan jarang serta sering berasa haus. pengidap tiroid akan berasa letih, kurang daya tumpuan, sering berasa sejuk (walaupun kt tempat panas) dan sembelit.


Punca


Kelenjar tiroid (terletak di bahagian hadapan leher berfungsi memproses hormon tiroksin (T4) dan triodotironin (T3) yg mampu mengendalikan metabolisme.. Hormon yg berlebihan (biasanya dialami wanita berusia 20-an dan 30-an) yg menyebabkan metabolisme meningkat terlalu cepat. Hormon yg sedikit (kebiasaannya berlaku pada wanita 50 thn ke atas) akan melambatkan metabolisme.


DEPRESI




Gejala


letih, lesu, kurang atau terlebih tidur, sentiasa sedih, cemas, "kosong", kurang nafsu makan atau sebaliknya gelisah, sakit kepala, sembelit.


Punca


Sentiasa berfikiran negatif dan gangguan mental yg tidak berkesudahan. Gangguan fizikal atau hormon yg tidak diatasi segera boleh menyebabkan depresi.

SAKIT KEPALA


Gejala

sakit di bahagian belakang kepala

Punca

Sakit kepala terjadi pada saraf yg terletak di organ-organ wajah melibatkan kulit kepala. Reseptor saraf boleh menganggu disebut nociceptor yg berpunca drp ketegangan, stress, hormon dan pembuluh darah yg mengembang dan sebagainya.

SAKIT PERUT


Gejala

Pedih perut atau memulas. Ia boleh terjadi sekejap sahaja, beberapa minit, jam atau lebih teruk lebih lama dr itu. Kadangkala selepas makan atau berbaring ia terasa lebih sakit dan jika muntah atau buang air ia akan berkurangan

Punca

Jika terjadi pada org dewasa, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Masalah pencernaan dan alahan makanan juga penyumbang kpd masalah ini. Gangguan pada organ reproduksi wanita juga boleh menyebabkan sakit perut(haid, pra-haid, tumor dan lain-lain). Kanser usus besar, hati dan perut juga merupakan sebahagian tanda-tanda selain stress, depresi dan cemas. Timbunan lemak sekitar perut boleh menekan dinding perut yg menyebabkan sakit perut. Ia biasanya dialami oleh penderita OBESITI.

SAKIT PUNGGUNG


Gejala

lesu, kebas-kebas, rasa berdenyut-denyut, menusuk atau terbakar sehingga membuatkan anda sukar berdiri tegak.


Punca

Ketegangan otot dan ligamen, mengangkat berat berlebihan atau tersalah posisi ketika mengangkat beban. Ia juga boleh disebabkan oleh arthritis atau osteoporosis.

SO MARILAH KITA SAMA2 MENJAGA KESIHATAN KITA....

Sumber dariMAJALAH RAPI.

7 comments:

  1. Cara-cara mengatasi nya mcm ne?
    Kdang jd xmau pgang ank..kenapa ya?

    ReplyDelete
  2. Kalau kurang zat besi boleh Cuba ambik supliment Shaklee.
    jom visit blog saya. Ummuque.blogsot.com

    ReplyDelete
  3. Kalau kurang zat besi boleh Cuba ambik supliment Shaklee.
    jom visit blog saya. Ummuque.blogsot.com

    ReplyDelete

  4. Artikel yang menarik. Badan juga boleh kerap berasa lesu disebabkan oleh faktor hormon. Ramai yang terlepas pandang mengenai faktor ini. Ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal merupakan antara punca badan lesu. Tidak dinafikan pengambilan vitamin seperti B Complex dan CoQ10 juga membantu untuk merawat masalah keletihan. 

    ReplyDelete
  5. Jom buat Free Health Test (Percuma je)..#Helathtest #BloodTestKtn

    https://www.facebook.com/MutiaraSynergy/

    http://msc-hematology.blogspot.my/?m=1

    019-9702758 (En.Irwan bgh Haematology)

    ReplyDelete