Monday 19 October 2015

Kelebihan DHUHA 12 Rakaat

♥ KELEBIHAN DHUHA 12 RAKAAT ♥

Perkongsian ini saya petik dari seorang rakan FB saya...Inchek Zrep..saya copy paste semula apa yg beliau tulis...saya tertarik dengan cara beliau melakukan solat sunat DHUHA....biasanya saya hanya solat 2 rakaat sahaja..tp beliau buat 12 rakaat...saya akan cuba solat sehingga 12 rakaat... moga ALLAH beri kekuatan padaku untuk BERIBADAH...aminnn - Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah..Biasa ambil masa 15 minit. Tak lama mana pun. klau kita boleh layan wasap sampai 1-2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak boleh buat. kan?? (Nak buat dua rakaat takde masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)


- Rakaat pertama surah Ad-Dhuha dan rakaat kedua surah Al asr. Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat ( saya juga insan yg lali dalam solat).

- Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

- Habis solat saya istighfar 3x Dan Baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitan Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Dhuha.

DOA SOLAT DHUHA 


Semoga bermanfaat 

No comments:

Post a Comment