Friday 5 October 2012

Kesan radiasi pada manusia



Radiasi berbahaya!!!



Setiap hari rakyat Malaysia berhadapan dengan risiko terdedah kepada gejala radiasi di persekitaran mereka, terutamanya masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan yang telah dibangunkan seperti di bandar-bandar. 

Sebahagian besar masyarakat masih percaya bahawa radiasi hanya berlaku di bilik tertutup, seperti dalam bilik  X-Ray di hospital ataupun disebabkan oleh kemalangan yang berlaku secara besar-besaran seperti di loji janakuasa sebagaimana  kemalangan loji nuklear Fukushima baru-baru ini. 

Sebenarnya terdapat sejenis radiasi yang boleh merbahayakan manusia jika terdedah kepadanya dalam tempoh yang amat lama dan keterlaluan. Radiasi yang dimaksudkan itu adalah radiasi paras rendah (low-level radiation) ataupun nama lainnya EMR (Electromagnetic Radiation).

Semua peralatan elektrik yang digunakan di dalam rumah, mahupun di pejabat-pejabat, menyumbang kepada radiasi parah rendah yang semakin mengancam kesihatan pengguna-pengguna. Peralatan-peralatan elektrik dan telekomunikasi bersama-sama kabel penyambungnya menghasilkan medan gelombang electromagnet ataupun dikenali sebagai EMF (Electromagnetic Field) disebabkan oleh pengaliran arus elektrik. 

EMF adalah kombinasi medan elektrik dan medan magnet dalam semua peralatan elektrik dan telekomunikasi serta kabel-kabel elektrik yang menyambunginya. Tindak balas medan-medan ini menghasilkan radiasi EMR.  

Peralatan-peralatan tersebut seperti ketuhar gelombang mikro, televisyen, komputer, mesin cetak, telefon bimbit, lampu, mesin pengering rambut dan sebagainya. Peralatan ini boleh didapati di semua tempat seperti di rumah, sekolah, pejabat, hotel, kilang dan sebagainya.

Pada tahun 1996, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah menubuhkan Projek Medan Elektromagnet Antarabangsa untuk mengkaji potensi risiko kesihatan yang dikaitkan dengan teknologi yang memancarkan EMF. 

Satu pasukan petugas WHO dari semasa ke semasa mengemaskinikan maklumat untuk projek tersebut dan mengikut laporan mutakhir yang dikeluarkan untuk projek itu pada tahun 2007, menunjukkan kesan-kesan radiasi EMR boleh memudaratkan kesihatan.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), yang ditubuhkan di bawah naungan WHO dan Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Sinaran Bukan Pengion (ICNIRP) pada tahun 2003 mengkelaskan frekuensi paras rendah EMF sebagai Kumpulan 2B karcinogen kerana ia mampu menyebabkan barah.

Kesan-kesan serius radiasi ini adalah barah leukemia dalam kalangan kanak-kanak, kerosakan kepada sistem saraf, sistem kardiovaskular dan imunasi, penyakit Alzheimer, cataract, keletihan kronik dan banyak lag
i.

No comments:

Post a Comment