Tuesday, 10 December 2013

Tahukah anda 4 gangguan tidur yang menandakan ada masalah serius kepada kesihatan



1.Gigi 
Menggesek-gesekkan gigi atas dan bawah sewaktu tidur,  adalah salah satu gangguan tidur yang cukup banyak dialami orang.  Namun masalah ini diambil mudah kerana dikatakan itu adalah perkara biasa.  Menggesek gigi adalah gangguan tidur paling tinggi  selepas insomnia dan berdengkur. Ini memberi tanda anda sedang stres, gelisah yang berlebihan atau terlalu banyak merokok, mengambil kafein dan minum alkohol.
2. Tubuh berpeluh
Sewaktu bangun dari tidur dengan pakaian yang kerap dibasahi peluh  berkemungkinan anda terkena Tuberculosis (TB). Ketika seseorang diserangi TB, suhu tubuh biasanya tinggi di malam hari. peluh yang keluar biasanya banyak hingga membasahi pakaian. Suhu tubuh juga boleh mencapai 30 darjah celcius ke atas. Jika demikian seeloknya segera membuat rawatan doktor apabila situasi ini berlanjutan lebih dari satu minggu dan anda mengalami penurunan berat badan yang mendadak.
3. Kerap buang air kecil
Setiap malam terjaga kerana kerap membuang air kecil 5 hingga 7 kali dalam satu malam. Ini memberi tanda anda mendapat simptom penyakit diabetis. Selain itu anda juga sering merasa haus sehingga minum lebih banyak dari biasa dan mudah merasa lelah. Diabetes umumnya dialami orang dewasa dengan usia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun diabetis tidak mustahil bagi golongan muda berisiko untuk mendapatnya jika anda berdepan dengan simptom -simptom tersebut . Tingginya kekerapan buang air kecil di malam hari juga boleh jadi isyarat ada masalah pada otot pelvic pada wanita, atau prostat yang membesar pada lelaki .
4. kaki Kram atau kejang Kaki yang kejang semasa tidur atau menggeliat di malam hari, boleh jadi tanda kekurangan nutrisi seperti elektrolit, mineral dan vitamin. Elektrolit seperti potassium dan magnesium berfungsi mengawal keseimbangan cecair di dalam tubuh. Kekurangan elektrolit boleh mengurangkan prestasi otot. Kalsium juga diperlukan untuk membantu kontraksi serat otot agar berfungsi berkesan. Sementara magnesium membantu meningkatkan dorongan pada jaringan otot. Kaki kejang boleh juga disebabkan kerana rawatan perubatan tertentu atau ada masalah pada jantung dan pembuluh darah. - 

Adakah anda  salah seorang daripada mangsa gangguan tidur yang  sedang menderita ?  Hubungi kami di hot line 013-3361043 sebagai perunding kesihatan anda.  Pekalah kepada slogan “Cegah lebih baik daripda mengubati.” Sumber info: http://www.merdeka.com/sehat/5-gejala-gangguan-tidur-yang-perlu-diketahui.html - 

No comments:

Post a Comment