Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk
menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan
mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.
Tekanan
ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus
akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda
perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program
tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?
1) ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata
perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau
‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat
yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si
gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata
perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau
memantau pencapaian kesihatan anda.
2) Pelaburan untuk kesihatan (gym)
Adakalanya
wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir
demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit
(atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke
hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak
pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh
dikatakan rugi.
3) Secret admirer
Punya teman-teman
wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan
mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda
akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan
yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak
mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah
artis seperti Lisa Surihani).
4) Baju-baju idaman
Siapa
cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya
untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan
pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli
baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas
tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk
menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu
saiz semasa korang adalah XXXL.
5) Model-model
Buat
lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang
tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal
poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari
majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
…one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago…
6) Kawan baru
Tidak
dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup
berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan
motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka
yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti
‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan
menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam
komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
7) Pencapaian anda sendiri
Tiada
apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum
penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat
yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat
untuk meneruskan program diet.
8) Bayangan masa hadapan
Lihat
diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah
beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu
yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi?
Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda
setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan
atau Salman Khan tak?
9) ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak
salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang
dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda
boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri
sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza,
char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang
berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding
dimakan hari-hari.
10) Berasa semakin sihat
Pasti
terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap
idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya,
terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada
pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika
bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah.
Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.
Article - i.luv.islam